Ramadhan 1413H
Posted by a.li Monday, August 30, 2010Hari ini hari ke 20 umat Islam berpuasa dan malam kemerdekaan Malaysia. Walaupun aku bukan peminat 1Malaysia, tapi aku menghargai negara aku sendiri dan memang aku agak patriotik, walaupun lebih kepada haluan kiri. Petangnya themij mengsms aku mengajak menonton wayang dan aku memang menunggu masa (dan teman) untuk menonton The Expendables. Jason Statham!
Aku memang peminat kipas susah mati Jason Statham dari filem Transporter, bagi aku dia ada aura tersendiri sebagai aktor filem action. Trivia: Dalam trilogi Transporter, seksualiti sang hero sangat2 nonhetero, dan bagi aku karektor Jason Statham sendiri dalam Transporter seolah-olah menekankan konsep kenonheteroan dia. Verdict: Tersangat bagus. Aku kagum dengan Kali, seni pertahanan diri Filipina yang ada unsur2 kuntaw dan silat, dan aku turut kagum dengan lakonan Dolph Lundgren. Sangat non typical dan aku turut suka cinematography dan arahan Sylvester Stallone. Dibandingkan dengan Copland, filem ini menunjukkan ketulusan seorang mercenary yang hanya memandang duit, tetapi akhirnya menjadi seorang yang percaya pada kemungkinan, dan redemption (aku tak tahu apa perkataan melayu yang sesuai).
Selepas berbuka aku terus ke Puchong, memandu sambil menghisap rokok. Salah satu nikmat yang susah didapati di bulan puasa. Mungkin semasa zaman aku budak-budak, aku tidak mengendahkan orang lain yang berpuasa, dan aku memang akan merokok ketika memandu disiang hari, tetapi setelah diambang sore aku merasakan ketidakhormatan aku kepada orang yang berpuasa seolah2 hanya menunjukkan kebudak-budakkan. Sangat tidak cool.
Selepas menghantar themij aku menimbang untuk pulang, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk makan angin. Mulanya aku ingin menalifon Orang Lain Yang Penting, tapi kami masih lagi dalam period pre-warming memandangkan aku dan dia aku menjadi teman serumah selepas ini, jadi hasrat itu aku batalkan. Dan aku akhirnya menalifon Orang Lain Yang Kurang Penting, dan kami ke mamak, sebelum dia mengajak ke Tempat Pusing Pusing. Katakunci: Dia.
Aku kurang bercakap dengan OLYKP, mungkin kerana dia yang lebih agresif dari segala segi, jadi aku hanya duduk memandang lautan manusia yang ketawa sesama sendiri. terlebih gedik, terlebih santun, pakcik-pakcik yang cuba pura-pura egoist, abang-abang yang sudah expired, dan muka-muka yang aku pernah nampak di sudut2 gelap di sauna-sauna sekitar KL. OLYKP bercerita tentang skandal terbaru, walaupun aku kurang gemar dengan istilah tersebut kerana bagi aku, skandal hanyalah sesuai untuk benda yang gempar. Dan apa yang gempar tentang main satu malam dengan lelaki yang yang memang mencari lelaki satu malam.
Oh kau salah. Kata OLYKP.
Apa2lah OLYKP. Kata aku.
Kami berhenti menghisap rokok dan OLYKP keluar dari kereta, dan seperti yang aku agak, pasti ada yang mengenali dia. Seorang abang-abang yang bermotor menegur dia dan bersalam. Aku mendengar perbualan yang berkisar tentang seseorang. Dia tersenyum ketika masuk semula ke dalam kereta.
Huhuhu.
Napa. Tanya aku. Sekadar menjadi seorang kawan.
Nasib aku tak on dengan dia masa aku jumpa kat belakang. Kata OLYKP.
Awat? Tanya aku.
Dalam terang, tersuluh ketaktastean.
Ceh OLYKP, sekarang baru kau nak kira. Tunggu la time terdesak nanti.
Hahaha. Takpe. Baik aku pegi sauna, kata OLYKP.
Minyak hampir di jarum E ketika dia menghantar aku ke kereta yang tersadai di Q Bistro. Bersahur sebelum pulang, OLYKP mempersoalkan kesenyapan aku dua-tiga menjak kebelakangan ini.
Trouble dengan OLYP?
Tak la, aku penat kut. OLYP ok je.
Aku paham kalau kau taknak sejarah kembali berulang.
Hahahaha. Aku tergelak besar. OLYKP tahu sejarah aku, dan aku rasa dia cukup paham dilema aku, cuma kali ini aku rasa lain. Aku sayangkan OLYP dari mula, bukan apabila sudah separuh jalan. Dan bagi aku, kali ini mungkin kali terakhir aku duduk bersama seorang kekasih. Dan aku memang berdoa semoga ini kali terakhir.
Sebelum pulang kami bermaaf2-an, dan dia bersungguh2 memohon maaf dari aku kerana dia akan pulang ke kampung hari Sabtu. Dan aku akan sibuk sehingga sebelum Raya.
Dan disaat ini aku tiba2 rasa rindu dengan OLYP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
About Me
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment